Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, March 14, 2012

Lambaian Kaabah - Transit to Dakka


Ahad, 26 Februari 2012

Alhamdulillah...Sampai di hotel transit kami iaitu Double Tree Hotel. Kira ok la untuk berehat2 sementara menunggu flight seterusnya tengah malam nanti. Dakka adalah pengalaman yg sgt unik dan mendebarkan. Di sana suasana sangat sesak dan padat. Persekitaran juga tidak sebersih di Malaysia. Berdebu dan yg penting nyamuk sgt byk. Makhluk yg pertama sambut kami di airport adalah nyamuk..huhu...Dengan tabiat pemandu yg sentiasa hon dan tidak mengikut laluan yg sebenar, rasanya boleh menyebabkan sakit jantung kot. u_u...Kalau ada rakan2 yg pernah ke Ho Chi Minh Vietnam, di sana suasana juga padat dgn manusia sejagat, tetapi mungkin disebab persekitaran bersih dan undang2 jln raya yg ketat, jadi nampak teratur dan bersih shj..Dakka, memang satu pengalaman yg sgt ngeri kot.....

Lihat beca tuh.selamber je..huhu
Hotel transit kami.
Sebelah petang, sesiapa yg berminat blh menyertai rombongan ke Dakka International Shopping Centre, atau nama sebenar adalah Aarong.hehe..Harga boleh la berpatutan kecuali baju..Harga standard di Malaysia. Itu satu2 nye tmp yg boleh kami shopping, tmp lain tidak digalakkan. Mungkin suasana tidak selamat kot.. Wallahualam..Oh ye, kami sempat beli kapal hiasan yg agak besar la saiznya..mmg jenuh angkut ke hulu ke hilir. Sebagai kenangan Dakka.huhu..


Macam tut tut di Thailand
Shopping di International Shopping
Centre Dakka, Bangladesh



Alhamdulillah selesai shopping, makan malam dan seterusnya bergerak ke Airport kembali. Penerbangan jam 0000 lebih. Penerbangan dari Dakka ke Jeddah mengambil masa sekitar 5jam. Maknanya akan sampai sekitar jam 0500. Tapi disebabkan waktu di Jeddah lewat 4  jam, kiranya sampai dalam jam 0400 Jeddah..




Oh yee...satu pesanan yg eda rasa baik utk rakan2 yg jika mempunyai transit ke Daka, kalau ada niat untuk bersedekah, di Dakka sememangnya tempat yg sgt sesuai. Taraf kehidupan mereka sgt rendah, dan kebiasaan yg rakan2 akan lihat mereka2 yg kurang upaya atau fakir miskin sgt byk dijalanan. Even ketika van atau bas yg kita naiki berhenti sebentar, pasti ada aje org2 begini dtg.. Jadi, utk memudahkan kita, tukar siap2 duit dakka yg kecil2 atau mereka2 ini juga menerima duit Malaysia. Paling kurang mereka akan tunjuk duit kita RM1.. percaya x RM1 ni bagi mereka seperti mendapat RM20.....sgt byk ^_^ 





0 comments:

Post a Comment