Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Monday, March 12, 2012

Our Home Sweet Home



Alhamdulillah..our home sweet home ^_^

Ni fisrt time eda letak gambar umah kami. Lepas ni rasanya nak update la progress umah ni. Boleh buat rekod untuk check status terkini rumah kn..InsyaAllah..Gambar atas adalah yg paling latest la eda amik..Bulan mac, means dah 9 bulan kami beli. Dah naik dinding. Alhamdulillah..Ikut perancangan dalam hujung tahun 2012 ni akan siap..Aamiinn

Bawah ni floorplan umah kami..actually eda amik dari website Hua Yang sendiri..tak kuasa eda nak scan dari geran kami..hehe...Nk tahu details pasal developer ni boleh click sini.. Mane tahu kawan2 nk beli rumah area johor, boleh pertimbangkan sini ^_^ 


Actually rumah kami beli ini yg phase 2.Meaning design dan saiz die beza sikit. And ofcoz price pun beza.. Rumah kami 24' x 80'. Yang buat kami suka paten rumah ni sebab ada 4 bilik 3 tandas. Mmg sejibik dengan rumah sewa kami nila..^_^ cume umah sewa kami sekarang ni saiz besau lagi la.. Perancangan awal nak beli umah yg tengah sewa ni, sebab paten rumah sewa kami dah habis. Tapi tuan umah kami kata tunggu tahun 2013..ermm lagi mahal la gamaknye..huhu. Jadi kami putuskan beli rumah baru jela.

Time kami tengah cari rumah tahun lepas, ada dalam 5 paten rumah yang tengah dibangunkan dalam taman kami.. Taman kami luas 477 ekar, so boleh bayangkan besar sangat taman ni. Jadi dalam taman ini ada beberapa paten rumah yang dibina. Ada lebih dari 10 paten rumah. Nama2 paten rumah ni ikut nama bunga tau..comel kn ^_^ Rumah kami Cassinia 2 (sebab die phase 2). Yang sedang dibina sekarang Caspia (22 x 83'), Clover (22 x 70'), Viscaria (35 x 65'), dan Acacia (20 x 70'). Yang Caspia, Clover dan Viscaria, price 250k ++. huhu.......bye2 awal2 lagi..

Erm di bawah ni gambar paten umah kami yg phase 1. Dah siap dan org mula duduk bulan lepas. Bagus juga rumah phase 1 siap awal. Boleh lihat2 design mereka2 renovate depan dan belakang. 

(pssssttt....eda siap masuk rumah org lain yg tgh renovate tau..konon nk tgk design dorg. bile blk eda bgtau hubby, xpasal2 free kene tegur.hehe..yela bahaya kot..kekekekekek...n_n) sori sayangggggg..


Peta taman rumah kami sekarang dan akan datang ^_^


0 comments:

Post a Comment